semoga anda semua gembira membaca celoteh diriku

Semoga anda semua gembira membaca perihal mengenai seharian diriku

Friday 25 March 2011

MY BIRTHDAY

25 MAC 2011

Alhamdulillah...aku sempat lagi menyambut ulang tahun ku ke-34 pada hari ini. Aku gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih dipanjangkan umurku lagi. Hubby ku telah membuat surprise kepadaku dengan membeli cheese cake untukku...walaupun dia tau aku tak suka sangat kek mengekek ni...
Terima kasih abang....comel je kek ni...




Namun yang pasti sehingga aku menulis nih., kek tersebut masih elok lagi dalam peti ais belum dipotong...hehehe...sayang jer nak potong walaupun hubby aku dok meminta2 agar dipotong...nanti jap lagi aku nak potong...

Lagi satu kejutan aku dapat hari ini.... JMSK and Kelab MSC ada menganjurkan Pertandingan Kuiz CIDOS...dan tetiba aku juga dapat hadiah walaupun pertandingan ini khas untuk student...aku dianugerahkan pengguna CIDOS teraktif di JMSK bersama-sama dgn Adel...



Terima kasih untuk pelajar-pelajar ku semua


Ucapan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar ku semua (DKA 5A, DKE 3B & SKM4)...kerana anda semua yang telah merealiasasikan semua ini...

Kemudian...teman baikku...Elly juga telah memberiku hadiah...terima kasih atas ingatan....

Hari ini betul2 menggembirakan...semoga hari ini dan seterusnya akan memberi kegembiraan pada ku...

Esok...26 Mac 2011...birthday insan yang aku amat sayangi....hubbyku....Abey Abdullah....

No comments:

Post a Comment