semoga anda semua gembira membaca celoteh diriku

Semoga anda semua gembira membaca perihal mengenai seharian diriku

Monday 28 February 2011

28 Februari 2011

Hari terakhir dalam bulan Februari 2011. Cepatnya masa berlalu...Pejam celik pejam celik...dah nak masuk bukan ke-3 tahun 2011.

Apa yang telah aku perolehi sepanjang 2 bulan pertama ni....? Adakah aku telah mencapai impian ku?

BELUM...... impian aku masih belum manjadi kenyataan. Setiap saat aku berdoa meminta dari-Nya agar impian aku yang SATU ini akan menjadi realiti. Namun, aku tidak pasti bilakah ia akan terjadi...

Sunday 27 February 2011

27 Februari 2011

Sedetik Lebih by Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...

** Best sangat lagu ni...ditujukan khas buat hubby tersayang...

Friday 25 February 2011

26 Februari 2011

Hari ini dari jam 8.00 pg hingga 2.00 petang menghadiri Seminar Alumni dan Perasmian PPW...sambil-sambil ada makan-makan. Aku just makan sikit jer...perut masih belum boleh terima..lagipun aku masih batuk...bukan diet yer...

Balik umah...mata mulai mengantuk tapi masih belum dapat tido...duhai mataku...tolonglah lelap sedetik cuma...aku perlukan rehat...

Thursday 24 February 2011

25 Februari 2011

Bengkel Pandual Asas Blog

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan diri dalam karier untuk menjadi seorang blogger...hehe...jadi ker? Baru nak berjinak-jinak jer... Sekurang-kurangnya mempelajari ilmu baru dari seorang penceramah yang berkaliber...En Helley Halen...

Walaupun pada awalnya ada masalah yang timbul, namun petang ni aku mula bersemangat untuk mengaplikasikan ilmu yg sedang dipelajari...